Wednesday, March 30, 2011

laptops

Yeh...ada sudah laptop baru. Akhirnya tercapai juga hajat mau ganti si Acer. Tapi tiba-tiba pula si Acer ni jadi tersangat bagus lepas ada HP. Pelik. Si HP memanglah TAGAP punya tapi yang spoilernya, tu office pula trial. Boleh buka words n excel saja. mau beli office 2010...alalala, punyalah mahal. padahal CD saja pun. Tu harga boleh sudah beli handphone atau camera and paling bagus lagi beli printer. Tambah-tambah lagi, printer lama tidak pula boleh kena baca oleh si HP ni...mau x mau terpaksalah beli printer baru..terus pokai. Cerewet juga si HP ni ah!

Friday, March 11, 2011

Tsunami Lagi ~Renungan

Bila tengok berita di channel 391 tadi, memang menakutkan gempa bumi yg brlaku di jepun. ngeri memang ngeri...pernah juga rasa gegaran time '94 dulu...apa2pun ambil iktibar.

[82] Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi - Yasin


16. Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang2 yang hidup mewah di negeri itu (mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur2nya - Al Israa'
41. Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) - Ar Ruum

Tuesday, March 8, 2011

Juara Lagi!

Tahun ni memang memberangsangkan pencapaian ko-kurikulum. Tahun-tahun sebelumnya ada juga murid pernah sampai peringkat kebangsaan, harap2 tahun ni pun ada juga. Tapi yang bestnya tahun ni 2011, SK KILIMU, Ranau sudah ambil dua gelaran. Walau pun cuma peringat zon tengah tapi berbaloi juga. Bukan senang mau kalahkan 10 buah sekolah dalam kumpulan zon tengah. Dapat Johan keseluruhan Sukan Olahraga and Johan Keseluruhan Majlis Tilawah Al-Quran 2011. Tahniah terutamanya bagi peserta2 Mtq sebab semua dapat nombor. And baru pagi tadi, very impressive result...action song ztengah-sk kilimu, peringkat daerah boleh dapat naib johan...macam x percaya saja. hihihi...

JOHAN KESELURUHAN MSS ZON TENGAH 2011



JOHAN KESELURUHAN MTQ ZON TENGAH 2011


I LIKE IT!

my blog theme song

Pelik juga lagu ni...hehehe

Monday, March 7, 2011

Finally

Alhamdulillah, akhirnya terungkai segala pertanyaan...ceh. Nasib baik bukan tempat yang memerlukan naik FLIGHT. Jimat kos!!! OUM KK saja..Amin.

Sunday, March 6, 2011

WHEN???

Penat menunggu, lama betul keputusan penempatan PPG tu. Kalau sekitar sini saja oklah, tapi kalau p seberang sana, banyak lagi mau fikir. Susahlah mcm ni. Lambat betul...

Wednesday, March 2, 2011

Chipsmore...now u see now u don't!

Apa, susah sangatkah mau bagi sign untuk satu paper saja? Petang tadi buat perkara yang sama macam hari-hari kemarin juga. Pasal satu perkara, mau minta sign paper. Bukannya beratus2 helai pun, cuma 1 helai saja. Macamlah yang dicari itu YB atau PM... susahlah macam ni. Orang mau buat kerja lebih awal, yang berkenaan pula lambat bukan main. Kalau kena cari pula, lagak seperti chipsmore. Argh!