Monday, December 27, 2010

hutang tu bank BR sama saya...hahahaha

Problem...haha...mungkinlah problem, padahal bukan problem pun. Ingatkan selama ini KK bank rakyat yang selalu datang penyata tiap2 bulan tu tertunggaklah kunun, padahal TIDAK...saya yang terlebih bayar pula. Patutlah kalau dulu lambat sikit conform tu nombor 03 sudah telefon2...tapi sekarang ni dalam beberapa bulan x pula kna telefon....rupa-rupanya sudah terlebih bayar...maulah dalam RM190.00.....argh..rugilah. Tu KK mesti mau kn tutup pasal bukan kna guna pun...tp rugilah, rasa2nya boleh dapat balik kah RM190.00 tu....duit juga tu!!

Sunday, December 19, 2010

Supplements

I started taking the supplement...Vegicaps Evening Primrose Oil. 1000mg. It's Kordel's products. banyak juga kelebihan bila makan primrose oil..lets check this out...


Evening Primrose Oil


Evening Primrose Oil

EVENING PRIMROSE OIL (EPO) provides 10% gamma-linolenic acid (GLA), an essential omega-6 fatty acid that is often missing from our diet. GLA is necessary for the production of prostaglandin E1 series (PGE1) that is needed in the regulation of many body functions.
Evidence suggests that symptoms of Premenstrual Syndrome (PMS) are related to deficiency of GLA. EPO, being a direct source of GLA, could help to reduce the symptoms of painful menstruation and relieve some of the symptoms of PMS. Due to its unique fatty acid content, EPO has also been used to treat skin problems. Significant reduction in inflammation and itching has been reported in eczema patients who are given EPO supplementation. EPO also exhibits anti-inflammatory effect on swollen and painful joint conditions caused by arthritis.
Every batch of KORDEL’S EVENING PRIMROSE OIL is tested for peroxide level both at the point of extraction and after encapsulation to ensure freshness of the Omega 6 oils.
What is it for?
• Relief of premenstrual syndrome
• Treatment of skin problems such as eczema
• Relief of symptoms of arthritis
Dosage 
• EVENING PRIMROSE OIL 500MG -Take 2 capsules 3 times a day, preferably with food
• EVENING PRIMROSE OIL 1000MG- Take 1 capsule 3 times a day, preferably with food
• EVENING PRIMROSE OIL 1000MG VEGICAPS- Take 1 capsule 3 times daily, preferably with food
Pack Size 
• EVENING PRIMROSE OIL 500MG- 60S, 180S
• EVENING PRIMROSE OIL 1000MG- 30S, 100S
• EVENING PRIMROSE OIL 1000MG VEGICAPS - 30S, 150S

that's it...huhuhu

Thursday, December 9, 2010

Tengah bulan n aiso tusin!

Baca novel lagi, ni betul2 isi masa lapang. Novel produk JS lagi. Tapi novel yang dibaca kali ni, so booooring! Bikin penat aq tapau sj. tapi...Maklumlah time2 tengah bulan ni, mau p mana2 pun aiso tusin loo. hahahha. so membacalah supaya minda pun terbuka. but..Esok ramai2 mau p KK. Buat apa? mau p memancing konon2 also mau p tonton wayang..lol. safe journey tomorrow1

Wednesday, December 8, 2010

Isi masa lapang

Satu hari boleh habis 2 novel. Impressive...bukannya selalu aq baca novel. Mesti tgk jalan ceritanya juga. Sanggup tidur lewat gara2 membaca...Tapi novel2 produk JS yang dibaca ni best2 jugalah. Sebab, penulis x tunjuk sangat pasal orang kaya atau miskin. Selalu bila baca novel terutamanya keluaran adalah syarikat tu, mesti cerita pasal anak datuk2 atau datin2...kalau bukan cerita orang kaya kawin orang miskin...n kadang2 romance pun lebih2. Uii...

Sunday, December 5, 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU

Esok mesti bersedia untuk menyambut tahun baru, sebab rasanya tahun lalu tidak dapat solat, cuma doa akhir dan awal tahun saja. tahun ni, alhamdulillah diberi kesempatan olehNYA. Moga-moga sempat solat dan baca doa esok petang.

Doa Awal Tahun & Akhir Tahun Hijriah

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Doa Akhir Tahun
doa-akhir-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Doa Awal Tahun
doa-awal-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Saturday, December 4, 2010

hahahaha....This is not over!

Still...Moon Jaeshin @ Yu A-In. I stole this picture somewhere.



Wednesday, December 1, 2010

3D Memang Best!

Gunakan masa cuti anda dengan sebaik-baiknya...hehe balik dari FTOL petang tadi, sampai KK terus direct p tengok wayang 3D di GSC Suria Sabah, best looo...Rapunzel is the wayang for today. Oklah juga harga tiket bg 3D. but yang penting puas hati. Yang best 3D ni, objek2 di skrin seakan2 timbul n yang paling best bila time floating lantern punya scene...sugoi desu-nee! Macam dapat pegang saja floating lantern tu. ANyway jalan cerita memang best and sesuailah untuk semua lapisan umur. Anak buah aq yg umur 4 tahun pun aq bawa...hahaha!


Tiket wayang RAPUNZEL 3D


Posing with 3D spectacle - bersama nephew n niece selepas habis wayang.

Saturday, November 27, 2010

Wayang

Hari ini buang masa...huuu buang masa pula p tgk wayang with my husband n my bro in-law. Harry Potter part 1, ntah apa tajuknya tu. Jalan ceritanya...bolehlah cuma banyak cakap (maklumlah baru part 1) but so far, ok lah. And yesss, tadi ada baca spoiler Secret Garden, wah rupanya minggu ni minggu diorang switch body! Part yang best ni. anyway bilalah mau kna tyg di OneHD mcm cerita MGIG dulu. Kurang2 gambar pun cantik sebab HD n tv pun FullHD juga.

Magical Story

Drama Secret Garden...ada magic magic, wah ini yang best ni. Baca sinopsis cerita sudah best n bila tgk ep 4...mmg magic. Can't wait!


SYNOPSIS OF SECRET GARDEN

The drama tells the story of Kim Joo Won (Hyun Bin), a seemingly perfect man who hides an arrogant and eccentric side, and Gil Ra Im (Ha Ji Won), a stuntwoman whose beauty and body are the object of envy amongst top actresses. One day they went deep into the mountains and entered a strange house, where a strange grandmother offered them chocolate to eat. The next day, they found themselves in the other’s body.


Thursday, November 25, 2010

Fishing again...but no luck!

Hari ini p memancing lagi, tapi memang no luck! satu ikan pun x dapat, boringnya bagi orang2 yang kurang sabar mc aq ni..huh. Tapi jeles juga sama my husband , dia dapat dua ekor ikan, satu besar satu kecil. Kurang2 dapat juga, yg aq punya joran satu pun x kena. Habis umpan udang yang mahal2 kna beli...kalau bgtu lbh baik tabur saja makanan ikan dalam laut tu. Anyway, husband aq dapat ikan sebelah and yang satu tu aq x tau namanya, panggil ikan bertanda sj sebab badan ikan tu btanda spt mole.


IKAN SEBELAH

Ikan sebelah bersama ikan mole!

Wednesday, November 24, 2010

Ikan Oh Ikan

Eh, macam diari pula blog ni...tiap hari mesti buka. LOL.Tapi hari ini tukar citarasa pula, tukar layout blog. X kerja lain. Petang tadi start pukul 3.00 pm, p memancing with my husband n my brother in-law. Bukan kolam atau sungai...tapi laut dalam. Ceh, macamlah champs sangat memancing...tapi kurang2 pun dapat juga seekor ikan kerapu. Beratnya...hahaha, bukanlah berkilo-kilo, saiznya cuma lebih kurang saiz tapak tangan. X sempat ambil gambar sebab x bawa camera. Amatur lagi dalam hal2 memancing ni, nasib baiklah pandai juga aq guna joran, kalau x...kempunanlah ikan oh ikan. Esok p memancing lagi...Yay!

Monday, November 22, 2010

Secret Garden

Minggu lalu sempat jugalah tgk episode satu Mary Stayed Out All Night lakonan Jang Geun Suk. Plot cerita rasanya oklah, best juga tapi rasanya tunggu sajalah bila main di KBS World. Hari ini, boring2 ingat mau sambung balik tgk cerita MSOAN tu, tapi x jadi sebab try tgk Secret Garden pula. Sebabnya, bila buka FB atau mana2 channel drama korea, mesti ada comment pasal drama secret garden...rasanya macam best, so hari ini tengoklah cerita secret garden lakonan Hyun Bin & Ha Ji Won episode 1...last2 sambung pula p ep 2. Kalau sudah terus-menerus macam ni, maksudnya drama Secret Garden tu best. Walaupun kena tyg juga d s-one hd, tapi...hahaha, x sabar juga mau tgk. Sebab plot ceritanya menarik.

What to do today?

Ntahlah, pandai boring juga kt rumah ni...x tau ap mo buat!, better aq jln2 kt labuan ka, p mana2 lah lg ok. Ni tidak duduk d rumah sj...kesian!!!

Sunday, November 21, 2010

Becoming who?

Ni yang best bila cuti sekolah. Hari ini saja tercapai hajat mau memanah di 1Borneo...mau jadi Moon Jaeshin punya pasal, tahan juga sakit tangan gara-gara memanah. tapi puas hati juga sebab champion juga aq memanah. Ceh, masuk bakul angkat sendiri...bukan apalah sebabnya My Husband yang komen mcm tu. I'm becoming Moon Jaeshin today, Fuyoo!!!




Archery Time and I'm becoming Moon Jaeshin!

Thursday, November 18, 2010

Bukan rezeki kali!

Tadi baru saja habis watching amazing race asia season 4, kesian jugalah team dari malaysia. Bukan rezeki kali..ter OUT pula. Tapi x kisahlah mana2 team yang menang asal bukan party girls tu yg dapat...
Tadi pagi p lah mengiring murid p main bola jaring, awal2 lagi kalah dalam kumpulan...kesian, ini pun bukan nasib juga sebabnya kena satu group dgn yg memang hebat2 kalau main bola jaring...bukan rezeki kali.

Birthday Celebrtion

Wow...hari ini saja sudah terbang RM150.00 just for my Younger ...uri younger. Tapi never mind, asalkan my husband happy, happy, happy!!! Happy Birthday Younger...29 years old. Love You very much!. 17/11/1981 and today is 17/11/2010 ~ it's AIDIL ADHA.


HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY DEAR YOUNGER, HAPPY BIRTHDAY TO YOU. 

Wednesday, November 17, 2010

NETBALL DISTRICT TOURNAMENT

Can't wait for the holiday...yay! but still i have 1 things to do at the end of this school semester. Time2 beginilah baru nk sibuk2 buat Netball District tournament. Nampaknya memang x sempatlah nk ikut jamuan akhir tahun sekolah- kena mengiring murid p smkr utk bola jaring daerah...why me??? Bukankah aq team bola baling...hmmm sudah namanya ex guru penasihat bola jaring, tiba2 untuk tahun depan  terjoin bola jaring lagi..aduh. 2 days on a row lagi tu...tapi apa boleh buat, sudah namanya SEONSAENG-NIM..lol!

Tuesday, November 16, 2010

Questioning Myself

Kadang2 tertanya juga, bolehkah guna gelas yang pada awalnya sudah di guna untuk minum arak atau apa2 minuman yang tidak halal? Sebabnya me n my husband memang selalu makan n minum kt restoran2 yang halal, serve no pork but kalau tengok ada serve arak! (bukankah hotel juga ada benda ni?) confuse juga...cari jawapan dekat buku, tanya orang n cari kt internet...buat kesimpulan...aq dapat penyelesaiannya:

Bagi gelas yang pernah digunakan untuk meminum arak, apabila ia sudah hilang bau, warna dan rasa, gelas tersebut boleh digunakan. Najis Arak adalah Najis Hukum dan bukan zat arak. Maknanya, arak hukumnya HARAM di minum, menyentuhnya hanya diperlukan membasuh untuk menghilangkan bau, warna dan rasa. Gelas tersebut tidak perlu di samak. 
Wallahualam.

1- Arak itu najis dalam kategori najis mutawassitah
2. Mencuci najis mutawassitah itu mestilah hilang bau, rasa dan warnanya.

P/S : kalau masih was-was...better tinggalkannya! - thanx to the informer!

Iktibar Tsunami

Hari ini tengok dokumentari iktibar tsunami ... 

AKIBAT YANG BURUK DAN YANG BERAKIBAT BAIK DARI PERBUATAN MANUSIA
Ayat 41
Telah nampak kerosakkan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). 

Saturday, November 13, 2010

This Drama Will Be Forever!

I Love this Clip, the song suits the clip!

Wednesday, November 10, 2010

Tips to getting pregnant?

Adalah satu blog aq baca hari ini...tips untuk mengandung...(pity to myself), tapi baca punya baca, satu apa pun aq tak faham. Bukannya bagi tips pun, cuma bagitau pengalaman2 orang yang pernah try that method...chinese method...fuh!

Waiting!

Yes, sudah check website BOICE, esok baru kena kirim baju tu using pos laju...sabar...sabar.

hahaha...

Round n round tgk alam petang tadi, nampaklah sorang budak sekolah lengkap beruniform...buatlah monolog sendiri, oh...p sekolah rupanya smk...hari ni, tup...tup, rupanya memang pun time sekolah...my school saja yang cuti peristiwa..ceh!!!

Neoreul Saranghae - Han Dong Joon

One of my favourite norae!!!

T-shirt oh T-Shirt

Ingat kalau pg check di Post Office, kiriman baju CN Blue tu sudah sampailah...rupanya masih belum ada lagi. Bilalah sampai ni? I'm tired of waiting.

Finally!!!

Wah gembira bukan main...yay!!! rasanya mcm mau bersorak gembira sebab...akhirnya dapat juga tengok SKKS final episode ..it's 20. But , ending tu biasa saja pula, kenapa tidak gathered  that jalgeum quartet again....at least hatiku gembira sesangat. Beli DVD...dvd..dvd

Tuesday, November 9, 2010

Penatnya...

Tapi berbaloi juga pasal sukan sekolah pagi tadi. Walaupun tak dapat Johan, no 2 pun oklah. Bukankah No. 2 is always the best. Pandailah!

NAIB JOHAN RUMAH KENARI
KEJOHANAN OLAHRAGA MSS SK KILIMU, RANAU

Anyway lepas ni ada 1 event lagi nak buat, MAC. Sijil-sijil yang lain sudah beres tapi yang tak best ni bila buat kerja, ada juga orang yang sesangat lambat nk hantar apa yang URGENT bila nk buat sijil. Harap2 lepas  cuti rabu ni, hari khamis k sekolah, semua markah2, nombor2 murid sudah siap..kalau x, conform mentudau lagi lah ni.

Mengeluh lagi...

Susahlah macam ni...bertimbun-timbun kerja. Banner..oh banner... Kalau tau macam ni..last minute baru nk buat, awal2 dulu lagi sudah siap manual banner (kain rentang) lagi cepat, murah dan conform senang. Sekarang ni, upgrade pula pakai kain canvas...payah tu, sebabnya perasmi n tarikh dikosongkan n terpaksalah print out stick paper...banyak kerja n sakit..sakit..sakit. Nasib baiklah hari rabu cuti peristiwa sukan, ada masa rehat 1 hari dan khamis...kenapalah banyak sangat kursus mursus sekarang ni...menyusahkan orang dan orang lain. SPBT pula...lagi. :(

p/s - macam tidak IKHLAS pula...

Saturday, November 6, 2010

My Reflection In My Mind by Yu Jaeha.

Hari ini sempat tengok 1night 2 days di KBS W. Tema games diorang hari ini, teka lagu2 lama oleh penyanyi oldies korean. Best juga dengar lagu2 lama korean ni. Satu yang saya tersuka dengar ..lagu dari Yu Jaeha. Best suara penyanyi ni n jenis2 nyanyian (suara ) yang best di telinga saya. Layan...

Friday, November 5, 2010

Alone Again!

Watching  K-Pop countdown  at SONE HD channel, no wonder..the MC r Yonghwa and 2 artis from idol group. Listening to Supreme Team song, don't know the title, it's good song. I'm going to like SG Wannabies n U-Kiss song.

Thursday, November 4, 2010

Am I a severe person?


Am i severe? Maybe yes maybe not, i don't know either. But one thing that i know is, that word is very effectively to me.

MOODY!

ENTAHLAH...masih moody lagi!!!

Wednesday, November 3, 2010

Ragam My Unnie...

Ya...pelik n lucu my unnie yang sorang ni. Obses dengan Sungkyunkwan Scandal..hahaha. Sedang layan tengok cerita ntah apa yang bertayangan di TV tiba2 dia call. Ingatkan pasal apa, sebab macam urgent betul...rupanya mau tanya bila ada ulangan SKKS di KBSWorld!. Fuh...ingatkan apa.

THE CONVERSATION....

My UNNIE: Hello...Bila ada ulangan Skks di KBS World? Adakah ulangan pagi?
ME: Tidak pasti pula, tapi saya rasa kalau drama isnin n selasa tidak ada ulangan waktu pagi, lainlah kalau drama jam 7.20 pm tu adalah ulangan lebih kurang pukul 1 pagi. Hari ahad adalah. Kenapa tidak tgk pukul 9 nanti.( masa tu ada lebih kurang 30 minit lagi pukul 9.00 mlm).
My UNNIE: Mana sempat, saya tengah drive mau balik JB ni, sekarang baru di Kulai...
ME: Ai (blur)...tengok di internetlah..online
My UNNIE: Tidak mau, saya mau tgk di TV sebab besar gambar, kalau online kecil saja gambar...nanti kau tgk di guide. ada atau tiada. Kalau ada bgtau...kalau tiada tidak payah bgtau...terus saja end call.
ME: OK..."blur"... erk....naufal...naufal, kau punya Mother ni memang Korean Obssession betul lah.


Then, saya sms bagitau....tiada ulangan tapi mau senang and updated episode...layarilah laman www.natnatvip-online.com...BEST.

Monday, November 1, 2010

ISU LAGI NI!

Timbul lagi isu baru ni...kes pertukaran bilik darjah pula. Dan sekarang melibatkan MY CLASSROOM . Paling benci kalau kena suruh buat perkara yang tidak suka buat. Alasan pun bukan munasabah. She said "murid tahun 5 tahun ni, naik tahun depan perlukan perhatian...atas alasan, ramai yang kurang kepandaiannya" lepas tu maulah suruh orang tukar kelas. Logikkah alasan tu...biarlah dia tu pentadbir, orang lain pun ada sebab kenapa tidak mau bertukar kelas. Kelas tahun 6 di tingkat atas, jauh dari kebisingan murid2 kelas lain)..haa sesuailah tu. Dia pun tidak tanya pendapat guru2 tahun 6 yang lain, (takkan mau tanya sy sorang sj). Apa-apapun jawapannya TIDAK, berubah terus air muka orang tu...alamat kalau lepas ni rasa sakit2 badan atau sakit secara tiba2...KENA BLACK MAGIC lagi lah tu. DUH!!!

You Are In...YOO AH IN

I've seen his acting before SKKS..but i think, he's more attractive in SKKS drama. The reason why i watch SKKS is him n Song JoongKi.

DROLLING....LOL

Sunday, October 31, 2010

Cool Site For the latest KOREAN DRAMA

For all korean drama lovers...especially those who like online drama... this is the coolest site ever.


They're FAST...i think it's better than viikii or mysoju.
I'm following this site recently

Sukan Sekolah

Tahun ni bolehkah jadi JUARA? Not very confident about this. Esok sudah bermula latihan sukan n harap-harap cuaca tidak terlampau panas...(bukankah sekarang ni musim hujan?) makin bertambahlah berwarna sana sini my face nanti. And yay...tak payah iron baju untuk 2 minggu...suka...suka...suka. But...about being the champion for this year...i'll just wait and see. Mau tengok susun atur peserta juga ni. Hmmm...

WHAT CAN I SAY!!!


I LIKE This 2 korean actor!!!....just want to share and hahahahah....cuts from SUNGKYUNKWAN SCANDAL.




MOON JAE SHIN
(not working ...huh!!!)


GO YONG HWA & MOON JAE SHIN

JALGEUM QUARTET


Anyway, i LOVE my HUSBAND MORE
당신에게 여보 사랑해

Saturday, October 30, 2010

Dinners at DREAM WORLD...

It was so cold there..at DREAMWORLD resort. But still, the night panorama's still best. thanks to My (능력 내동).
 

watching SUNGKYUNKWAN SCANDAL without subs!!!

That is not a big problem to me cos..i understand korean language a bit...hihi. Duh..LIE! actually, thanks to bad milk ...yogurutu.blogspot.com. You make it more easier. Anyway, i've read the 17 and 18 recap and can't wait for the next 2 final episode. ( i just read that SKKS only has 20 ep). What happen to them especially Jaeshin? Is he dead? i hope not cos it's A Romance and Comedy Period Drama.

wah..B.yond sudah ni.

Hehehehe...rasanya memang mau tukar set astro to B.yond , tapi mau tukar mcm mana kalau TV pun bukan HD...soooooo...akhirnya my DEAR terlihatlah rancangan RUNNING MAN SBS channel di internet..dia suka. Apa lagi, terus adalah TV LCD FULL HD 1080 42 inch di depan mata. And today, datanglah ASTRO agen p paang astro B.yond yang baru. tapi belum boleh tgk lagi...mau 24 jam juga tempoh activate ni b.yond...adoi....

Saturday, October 16, 2010

Yay...addicted lagi !!

wah..rupa-rupanya best pula drama KBS2 Sungkyunkwan Scandal...sekarang apa sudah jadi? Sudah teraddict sama Geol-oh aka Moon Jae Shin. Macam Yong pula tau (iljimae). Saya suka.....

Wednesday, August 11, 2010

SALAM RAMADHAN

Salam, bulan puasa sudah pun tiba. Hari ini alhamdulillah, dapat menjalankan ibadah puasa dengan sebaiknya. tapi x taulah dapat kaetgori puasa yang pertama, ke2 atau ke3. Mudah2 an yang paling baik. AMIN.

Tuesday, July 20, 2010

So Tired and My right ARM...What happen?

Rasa penat betul hari ini. Oh ya...ganti puasa pula. Patutlah. Tapi kemarin pun ganti juga tida pula rasa penat betul macam hari ini. Atau mungkin sy makan ubat kurangkan allergic tu? Maybelah...
Tu ubat tidak juga sy makan kalau bukan pasal ntah apa2 lagi yang saya kena...gatal di lengan. Ngeri betul kalau nampak...apa lagi kalau lepas mandi, macam lengan saya ni sudah tukar jadi warna purple. Sekarang ni mau elak makan2 benda yang boleh buat ARM ni gatal atau kulit jadi gelap. Lagi buruk nampak.
Hii.. kalau betullah macam apa yang kena cakap tu, ini semu penyakit lama yang baru timbul balik plus2 lagi tu tukang sihir kasi tambah lagi gatal dan terlalu gatal....memang SIAL betul tu orang. Ntah apa masalah...berabis pula mau kasi SIHIR orang. Ntahlah...

Wednesday, July 14, 2010

Manage your Time properly...

Malas mau komen...semuanya time management punya pasal. Daripada main garis2 saja secara manual (boleh tipu2 juga ni) kenapa tidak guna saja punch card?? sedangkan di Hap Seng Wholesale Mart punya pekerja pun ada punch card...ni sekolah yang mungkinlah banyak duit tidak mampu beli!!! Wew...

Monday, July 12, 2010

Very Dissapointed!!!

It's all about World Cup lah apalagi. Dua team pilihan hanya layak rebut no.3 and 4 saja. Kesian sama Uruguay and Germany. Tapi masa watching that match between URU vs GER...woah..memang professional player betullah. Best owh. Jatuh2 pun tidak blakon2. Bukan macam tu Belanda sama Spain. Nasib baik tidak tgk tu final. Tapi pelik...org tgk lah yang final...saya pula tgk yang cari no.3 n 4. saja. Last2 German no.3 Uruguay no. 4...anyway, siok laa. Tamat sudah World Cup 2010 and the winner is SPAIN!!

Sunday, July 4, 2010

World Cup jugalah!!!

Hahaha, best juga ni bola2 thing ni. Ada lagi pasukan pilihan. Uruguay n German. Rasa2nya ni dua2 team yang akan jumpa di final world cup nanti. 11/7 tidak lama lagi tu. Kemarin, uruguay vs ghana, gara2 mau tgk uruguay main cuma tidur lebih kurang 25 minit saja. Penalti lagi tu. Hush..nasib baiklah penalti 4-2. Menang juga Uruguay. Tadi lagi lawak...macam main2 saja tu team German lawan Argentina. kena 4-0 lagi tu. Sedih terus c maradonna. Hahahah...Argentina main lebih kurang macam tu Korea Utara main time lawan Portugal. Kesian jugalah tu KO.U punya pemain, memang kesian ... mau kena suruh kerja d lombong arang batu ka apa tu. Kesian...sudahlah kalah 7-0 sama portugal. Ni lombong pula tunggu diaorang untuk kerja. Memag kejam..kesian..

Wednesday, June 30, 2010

I knew it..."THAT PERSON"

Guna sihir untuk tundukkan orang lain...memang tak patut. Sy tau sudah siapa orangnya yang buat benda-benda macam ni di sekolah. Macam mana boleh jadi pemimpin kalau tidak yakin dgn diri sendiri. My opinion is...kalau takut sangat atau tidak yakin, letak jawatan n ganti sama orang yang lebih berkelayakan. Ini asal ada orang bawahan yang tidak mau ikut 100% cakap atau arahan" that person" teruslah dia mula guna taktik2 kotor. Bakal2 jadi diktator baru kali ni. Hmm...susah juga kalau bekerja dgn org yg macam ni. Tapi tunggu sajalah, bukannya sy pandai membalas tapi ALLAH akan balas juga tu. we'll see!!!!!!

Monday, June 28, 2010

YongHwa Oppa!!!

Ketawa sampai sakit perut bila tgk tu GAG concert time CNBLUE ada. Dugurrrr...CNBLUE!!! punyalah lawak time tu gagman yang jadi sohyun (SNSD) keluar. Time yang lucu bila dia cakap YONGHWA OPPA...hahahahaha lawak betul lah. Lari c YH dari tempat duduk bila tu gagman mau datang p tempat dia. Luculah.

It's wednesday.

Akhirnya hari rabu juga kena buat tu pertandingan PPDa peringkat daerah. Esok mau suruh murid kc warna tu banner yang ikut bertanding. Ntah bleh menang atau tidak tahun ni. Sukatan pun macam salah saja. Ah, pedulilah...yang penting ada penyertaan and ada nombor kali..hahahahahahahahaha...miina song laugh!!!

Friday, June 25, 2010

Sakit perut terus...

Ada semangat pula tgk world cup hari ni. Bukannya minat pun tapi tgk sajalah. Italy VS Slovakia. kalah juga juara dunia 2006...huuu kesian. Last-last minit baru berabis main. Tapi kesian kena 3-2 juga. Wah cerita pasal piala dunia pula hari ni. Sampai sakit-sakit perut.

Wednesday, June 23, 2010

Banner PPDa lagi!

Argh, bingung sudah ni. Ingatkan banner PPDa tu tidak mau buat, rupanya memang pun mau buat saja. Malas juga sebab masa untuk buat pun tidak banyak. Ini pun besok baru mau buat. Tarikh pertandingan antara 30 Jun atau 1 Julai. Aduh...mana banyak masa tu. Nasiblah buat yang simple2 saja tahun ni. Menang kalah belakang kira. Asal ada penyertaan kali. Tapi menyusahkanlah....duh!

Tuesday, June 22, 2010

Jahatnya orang itu...

Poor to one of my unnie...adakah di sekolah pun boleh kena tu *&^%$...memanglah jahat orang tu. Hai..bilalah mau sedar2 tu..hmmm...

Monday, June 21, 2010

Finally...

Hari ni , 1st day at school.  Nasib baiklah perasmian Program Sayangi Hati berjalan dengan lancar...alhamdulillah...Siap juga replika n banner yang main hentam saja. tapi jadi juga. "COOL" .Hari pertama p skolah punyalah mengantuk, sampai budak membaca pun sy boleh terlelap sekejap.FUH!!! lucu jugalah.

Wednesday, June 16, 2010

BORING...

3 hari 2 Malam berada di tempat ni...memang tdk best. Bosan and membosankan. Mau membeli belah pun sama juga. Baju2 pun mcm yg kena jual di bundle2. Nasib baik ada beli juga item yang mau dibeli...TIKAR banbu. Murah jugalah. Anyway memang boringlah. Nasib baik besok mau balik sudah.

Monday, June 14, 2010

The journey's begin tomorrow!!!!

Haaaa...esok barulah rasa macam cuti. Itupun minggu ketiga n minggu depan buka sekolah sudah pula. Replika "LOVE" saya blm lagi siap. Padahal mau kena buka untuk perasmian Program Sayangi Hati. Masih blur lagi ni. Blur2 pun sempat juga surfing IT dan ternampaklah gambar ini....


CN BLUE JAPANESE COVER.

Kan OK lagi kalau pakai macam ni saja. Lagi nampak simple n barulah betul2 Indie Rock Band!!!

Sunday, June 13, 2010

macam-macam hal...

Apalah...argh...x tau apa mau tulis. Tiada point!!!

Watching BOLLYWOOD MOVIE...

Just want to say that THREE IDIOTS - bollywood movie is sooo good. I like it!!!.

Saturday, June 12, 2010

Why do people like to show-OFF?

Time baca komen2 orang dlam FB kemarin. Terbacalah ada satu post n komennya sekali. Ingatkan 2 saja dah cukup...tapi rupanya ada pula bahagian yang show off! gelihati n mau muntah juga bila baca komen2 diorang tu. Mau kena puji n minta puji. Ah...what a shallow minded person. Orang2 yang suka show off ni memang shallow minded. Makin tua makin menjadi kali...heeeee

Demam Piala Dunia?

Aq demam ka? x juga...minat bola pun x juga. Mana2 team pun boleh menang kalau ada usaha, semangat n nasib...hahahah nasib. Whateverlah.

Wednesday, June 9, 2010

CORNBEEF +++ Microwave?

Hahaha..memang sesangatlah malas kalau sudah jadi OETORIYA di rumah.Huuu...lapar punya pasal akhirnya makan CORNBEEF...itupun memang simple. Letak Cornbeef + Bawang + Cili + G+G+G n minyak ...masuk dalam microwave lebih kurang 30 saat...haaa, sudah masak. memang masak punya. Kurang2 nya x juga penat cuci periuk..hahahhaha. KENYANG!!!!!

REPLIKA LOVE...alahai....

macam mana mau buat ni?? mesti siap sebelum buka sekolah 21 jun. Tadi baru buat rangka replika LOVE tu tapi dawai pula x cukup. dawai pun nasiblah murah. 2 meter cuma RM1 saja. selamat. Ni nanti mau beli lagi 2 meter dawai. fikir punya fikir, bingung pula. kalau mau kerja senang n mudah pakai poly saja. cari yang sudah ada colour sedia. tapi harga murah juga. adalah RM14/15. MURAH konon. Suka hati. Pakai kertas rasanya senang juga, tapi kalau pakai kain mcm mana pula? Jahit lagi senang. Haiya, aq pun x pernah buat. Kalau ada jual di mana2 kedai kan bagus juga.CARI...CARI sampai dapat.

Dah Dapat...CNBLUE BLUELOVE MINI ALBUM

yeah........thanks to my noona...
i got my own CNBLUE mini album BLUELOVE originally made from KOREA..yay..sukanya hati ini...++++ ada poster lagi.WOAH!!!
Kalau harga pasaran di korea adalah 14,000 won bersamaan RM46.00 malaysia.
Sukanya, walaupun cuma ada 5 lagu plus 1 lagu Let's Go Crazy, tapi memang puas hati. nantilah upload CD BLUELOVE aaaaaaa......

Wednesday, May 26, 2010

Saturday, May 22, 2010

CNBLUELOVE...

Well, album baru CNBLUE - BLUELOVE sudah dipasarkan. X tau bila sampai Malaysia...n mmg conform x ada. Walaupun mini album sj, tp lagu2 yng ada mmg best. Apalagi with their new looks. Baru 3 lagu yang aq dh dengar...best ba...LOVE, LIGHT LOVE n SWEET HOLIDAY...

Tuesday, May 4, 2010

[FANCAM] JongHyun - I will...Forget you @ C.N.Blue Showcase

JONGHYUN SINGING LIVE...they can really sing ..LIVE!!!

LOVE THIS SONG...I Will Forget You

[HD][MV/CF Teaser]C.N.Blue - Burning + Lovely + Untouchable + Emotional

I JUST FOUND THIS...C.N BLUE TEASER!!!

My head spinning !!!!

Yup, i wonder why my head's spinning today, start today from 11.00 am until 9.00 pm. Badan pun panas2, mcm mau demamLepas makan panadol soluble baru ok sikit...mmg mau demam kaliTapi dalam panas2 badan pun sempat juga login BLOG, FB n CN BLUE... cn blue huhuhuhuhu....UBAT kali.

Ada album ni...YAY!!! best

Sunday, May 2, 2010

...ALL ABOUT C.N BLUE...

I dont know what to say anymore. I'm really obsess with korean indie band CN. BLUE. Sukalah kalau boleh nyanyi LIVE. suara pun best walaupun muka biasa2 ja. Tp still cute. Baru sj download norae2 dari tu group...alamak pirate lagi...huhu. Tapi x apa...asal puas hati. Mau join official Fan Club ni!!!..hehehe.

C.N BLUE MEMBER




CHUAHAEYO

Saturday, May 1, 2010

C.N Blue - Now or Never Live Performance


SUKA SANGAT NI BAND!!!!Live ma... siap ada lirik lagi...

NOW OR NEVER

Through the day, through the night
My selfconfidence was out of sight
You came alone, came on strong
And you change the things that felt so wrong
She said
If you're heading for the right direction
If you're ready, you can do it too
Gonna rise up to the right occasion
Cause together we can see it through
Baby it's now or never
This time is right oh oh
I got a feeling it's for good without a doubt oh oh
We are forever me and you
Deep in your heart you know it's true
Baby it's now or never yeah
Feel so right
Going up (going up) won't go down (won't go down)
There's no stopping us was livin' ground
You can do what you do
Not a thing I could deny for you
If you're heading for the right direction
If you're ready, you can do it too
Gonna rise up to this one occasion
Cause together we can see it through
Baby it's now or never
This time is right oh oh
I got a feeling it's for good without a doubt oh oh
We are forever me and you
Deep in your heart you know it's true
Baby it's now or never yeah
Feel so right
Feel so right
Baby it's now or never
This time is right oh oh
I got a feeling it's for good without a doubt oh oh
Oh baby it's now or never
This time is right oh oh
I got a feeling it's for good without a doubt oh oh
We are forever me and you
Deep in your heart you know it's true
Baby it's now or never yeah
Feel so right
Feel so right

IT's BEEn A LONg TIMe!!!

Wah, lamanya x update blog ni. Masuk bulan 5 sudah pun. Anyway, sibuk btl with hal2 skolah. Tapi sibuk2 pun sempat juga kc habis tgk dvd korean drama dlm 1 malam. 16 ep lagi. GILA!!!